fbpx

Penginapan mesra untuk jemaah haji warga emas, OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUANG bilik selesa antara kemudahan yang boleh dinikmati jemaah haji Malaysia.

MADINAH – Jarak dekat antara tempat penginapan dengan Masjid Nabawi antara kelebihan yang boleh dinikmati jemaah haji terutama untuk ­golo­ngan tua dan orang kelainan upaya (OKU).

Pengurus Pusat Pengurusan Zon 2 Madinah, Imran Mohamad Hayat berkata, kedudukan hotel yang terletak 150 meter secara tidak langsung memberi kelegaan dan ruang secukupnya untuk jemaah haji Malaysia beri­badat dan beriktikaf di masjid berkenaan.

Justeru katanya, Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) kini bersiap sedia sepenuhnya untuk menerima jemaah yang mula tiba di Madinah esok.

“Kapasiti jemaah di sini (Emaar Royal Hotel Al-Madina) boleh memuatkan lebih 3,000 orang. Begitu juga di dua buah hotel lagi di zon satu.

“Jarak hotel-hotel ini ke masjid kira-kira 150 meter dan mengambil masa lima minit perjalanan yang memudahkan jemaah ter­utama mereka yang berusia dan golongan OKU.

“Untuk jemaah yang telah berusia, pihak pengurusan zon juga menyediakan kerusi roda untuk mereka yang menghadapi masalah bergerak ke masjid,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Sebagai rekod, pusat pengurusan zon satu terdiri daripada hotel Movenpick dan Hotel Al Saja, manakala zon dua mempunyai satu hotel iaitu Emaar Royal Hotel Al-Madina.

Tambah Imran, setiap zon juga menyediakan petugas kesihatan yang memberikan perkhidmatan kesihatan serta pembimbing ibadah haji tanah suci dan makanan secara bungkus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI