fbpx

Tingkat kawalan, elak keganasan terhadap pemain melarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kanan) tiba di hospital bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ketika melawat Faisal Halim yang kini dirawat kerana disimbah asid. Foto AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sudah mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mempertingkatkan kawalan bagi mengelak isu keganasan terhadap pemain semakin melarat.

Bagaimanapun Saifuddin menjelaskan, kementeriannya tetap yakin yang pihak berkuasa mampu melakukan tugas dengan baik.

“Permintaan saya kepada Ketua Polis Negara petang tadi adalah untuk meningkatkan tahap kawalan keselamatan, bukan saja kepada tiga insiden yang telah berlaku tetapi juga kepada semua yang terlibat.. Itu jaminan keselamatan yang saya bagikan tadi.

“Saya meletakkan keyakinan tinggi atas permintaan yang saya anggap munasabah, kena pada masanya. Pihak polis disebalik tugas hakiki yang lain akan melibatkan tugasan untuk berikan jaminan kepada keselamatan,” katanya

“Jadi kita sebut jaminan pasukan polis adalah jaminan kepada ketenteraman semua pihak termasuk pasukan bola sepak. Pemantauan pasukan polis akan ditingkatkan,” ujarnya ketika hadir melawat pemain kebangsaan, Faisal Halim, hari ini.

Terdahulu, tiga pemain tempatan diserang, bermula dengan insiden babikan Akhyar Rashid di Terengganu, Faisal Halim dan terbaharu, bekas kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim berdepan detik cemas apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul dalam kejadian di Jalan Seri Gelam menghala Pantai Lido, Johor Bahru, malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI