fbpx

Pengarah syarikat, pemilik firma guaman direman kes pelaburan RM38 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi mendapatkan perintah reman oleh SPRM, hari ini. - Foto IHSAN SPRM

PUTRAJAYA – Dua lelaki direman dua hari selepas disyaki mengemukakan pelan pelaburan, skim perlindungan insuran dan laporan mingguan mengandungi butir matan palsu berkaitan pelaburan wang asing FOREX berjumlah RM38 juta.

Perintah tahanan reman ke atas pengarah syarikat dan pemilik firma guaman itu dikeluarkan Majistret Ti Pei Si di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki berusia sekitar 50-an ditahan ketika hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini dan Seberang Perai semalam.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2020,” katanya tadi.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI