fbpx

MBJB sedia bantu polis kesan suspek pecahkan kereta Safiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CERMIN kereta milik Safiq pecah dipercayai diketuk menggunakan tukul besi oleh individu tidak dikenali, malam semalam.

JOHOR BAHRU – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bersedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor bagi mengesan suspek yang memecahkan cermin kereta seorang pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), malam tadi.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Noorazam Osman berkata, kebanyakan jalan utama di kawasan MBJB dilengkapi dengan pemantauan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sepenuh masa.

Katanya, rakaman video CCTV itu diharap dapat membantu menjejaki dua suspek menaiki motosikal dan bersenjatakan tukul besi yang melakukan perbuatan jenayah terhadap pemain JDT itu.

“Kita memang ada perjanjian dengan polis setiap kali mereka memerlukan bantuan dari aspek pemantauan CCTV bagi membantu menjalankan siasatan terhadap apa-apa kes yang berlaku.

“Tidak dinafikan ada beberapa kawasan blind spot (titik buta) di bandar raya ini, namun kebanyakan jalan utama kita sepatutnya ada CCTV berhampiran,” katanya di Majlis Rumah Terbuka Mutiara Aidilfitri MBJB di Arena Larkin, di sini hari ini.

Semalam, Safiq Rahim memuat naik gambar cermin belakang kereta Honda City Hatchback miliknya yang dipecahkan individu tidak dikenali menggunakan tukul besi, malam tadi.

Safiq melaporkan kejadian itu berlaku ketika itu dia sedang memandu meninggalkan pusat latihan JDT di Jalan Sri Gelam menghala ke arah Pantai Lido pada pukul 10.05 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI