fbpx

Agrobank serah kad Takaful Kemalangan Pelanggan bernilai RM10 juta kepada asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Ahmad Badli Shah (lima dari kiri) bersama enam wakil penerima bagi pihak asnaf di Senai, Johor hari ini.

PETALING JAYA – Agrobank telah menyerahkan kad Takaful Kemalangan Pelanggan iaitu Takaful Kasih Plus 3 yang bernilai RM10 juta kepada 200 asnaf miskin.

 Sumbangan Takaful Kemalangan Pelanggan ini merupakan tajaan daripada Tetuan Ikbal Salam & Associates kepada  enam wakil penerima bagi pihak asnaf dalam satu majlis yang diadakan di Senai, Johor hari ini.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin  berkata, pelan Takaful Kemalangan Pelanggan ini memberi manfaat kepada penerima jika  berlaku kecemasan atau musibah kematian dan ia juga membantu si pewaris untuk mengurangkan kos kewangan yang perlu ditanggung.

“Selain itu, perkhidmatan kewangan mampu milik ini juga dapat membantu semua lapisan  masyarakat terutamanya golongan yang berpendapatan rendah untuk mendapat perlindungan takaful dalam menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan.

“Kami berharap lebih banyak pelanggan komersial dan syarikat korporat yang sering  berurusan dengan Agrobank dapat berkongsi rezeki dengan menaja pihak yang memerlukan  melalui produk-produk Agrobank,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Pelan Perlindungan Kemalangan Diri Takaful Kasih Plus menawarkan manfaat kematian  akibat kemalangan, hilang upaya kekal, perbelanjaan pengebumian, perbelanjaan perubatan dan elaun hospital. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI