fbpx

Projek mega PSG, Mbappe gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE (tengah) gagal menghadiakan kejuaraan Eropah buat PSG pada musim terakhirnya sebelum berhijrah secara percuma musim depan. – AFP

PARIS – Paris Saint Germain (PSG) seakan belum bersedia untuk mengesahkan tempat ke final Liga Juara-Juara selepas tewas 0-2 secara agregat kepada Borussia Dortmund.

Pada aksi separuh akhir kedua di Parc des Princes awal pagi semalam, PSG tewas sekali lagi de­ngan keputsan 0-1 sekali gus melepaskan peluang terbaik untuk mara ke perlawanan akhir buat kali kedua.

Pengurus PSG, Luis Enrique menganggap nasib tidak memihak mereka kerana ada beberapa peluang terbaik sekadar mengenai tiang gol, namun beliau tetap gembira dengan persembahan anak-anak buahnya.

“Objektif saya adalah berjuang untuk memenangi semua kejuaraan, tetapi kali ini saya tetap bangga dengan pasukan dan pemain saya,” katanya.

Dalam kedua-dua aksi timbal balik kali ini, enam percubaan PSG terkena tiang termasuklah ketika juara Perancis itu merekodkan 31 percubaan di Parc des Princes awal pagi semalam.

Kali terakhir PSG mara ke ­final adalah pada musim 2020 yang menyaksikan mereka tewas kepada Bayern Munich dan terpaksa berpuas hati dengan status naib juara.

Kekalahan kali ini menyaksikan Les Parisiens terus kempunan untuk mendakap trofi Liga Juara-Juara pertama dalam sejarah kelab berkenaan biarpun kini dianggap sebagai pasukan terkaya dunia selepas dimiliki oleh kerajaan Qatar.

Pada aksi awal pagi semalam, jaringan tunggal Mats Hummels sudah cukup untuk mengesahkan kemaraan Dortmund sekali gus mengecewakan impian ­Kylian Mbappe untuk meng­hadirkan sesuatu kepada PSG sebelum berhijrah musim depan.

“Kami tidak cukup cekap dan mereka (Dortmund) menjaringkan dua gol untuk memenangi perlawanan ini. Pastinya banyak benda yang kami boleh ambil daripada perlawanan ini.

“Pada awal musim, tiada siapa yang percaya kami mampu mara sejauh ini. Kami perlu ingat semua ini sebagai satu projek baharu bersama jurulatih dan ada perkara positif yang kami boleh ambil untuk harungi musim depan,” kata ketua pasukan, ­Marquinhos. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI