fbpx

Setiausaha Agung Liga Dunia Muslim nafi ada hubungan dengan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sheikh Mohammed.

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Liga Dunia Muslim (MWL), Sheikh Dr Mohammed Abdulkarim Al-Issa menafikan beliau mempunyai hubung kait dengan Israel.

Beliau sebaliknya menegaskan, tumpuannya hanya melibatkan isu keamanan, namun mempunyai pandangan yang berbeza dalam isu politik dengan Israel.

“Kami tidak ada hubungan dengan Israel sama sekali. Apabila kita berhubung, kita tidak bercakap tentang politik.

“Dalam Al-Quran turut menegaskan kita perlu berbuat baik dan menyampaikan pesanan ke arah kebaikan,” katanya ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media sempena majlis penutup Persidangan Majlis Ulama Asia 2024, di ibu negara hari ini.

Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan, Sheikh Mohammed dipuji media Israel yang melihatnya sebagai orang penting dalam menjayakan pelan normalisasi hubungan dengan Riyadh.

Sheikh Mohammed seterusnya menjelaskan, beliau berhubung dengan semua pihak terutama dalam melibatkan isu keamanan dan kebebasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI