fbpx

Pengusaha kedai makan aniaya anak saudara dijel 36 tahun, 24 sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengusaha kedai makan (kiri) dipenjara 36 tahun dan 24 sebatan kerana memperkosa dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Perbuatan serakah seorang pengusaha kedai makan memperkosa dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya yang berusia 15 tahun berbalas apabila dia dihukum penjara 36 tahun dan 24 sebatan hari ini.

Hakim Mahkamah Sesyen, Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli memutuskan demikian selepas tertuduh berusia 36 tahun mengaku bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi pertuduhan pertama merogol serta lapan tahun bagi pertuduhan kedua hingga keempat atas kesalahan sama.

“Tertuduh juga diperintahkan menjalani hukuman penjara dua tahun bagi pertuduhan amang seksual fizikal.

“Semua hukuman penjara itu berjalan secara berasingan bermula dari tarikh tangkapan pada 27 Mac lalu,” katanya ketika membacakan penghakimannya hari ini.

Berdasarkan pertuduhan pertama hingga keempat, lelaki itu didakwa memperkosa mangsa di sebuah bilik kedai makan dan sebuah rumah di daerah ini pada pukul 9 malam pada Januari hingga Mei 2023.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan. Tertuduh juga didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama pada Disember 2023.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI