PETALING JAYA – Kongsi gambar berkucupan dengan isteri dalam laman sosial, pelakon Aiman Hakim Ridza ditegur agar menyimpan sahaja momen peribadi buat tatapan sendiri.
Rata-rata netizen berpendapat aksi intim bersama pasangan tidak patut ditayangkan bagi mengelakkan penyakit ain.
Bahkan, sebilangan lagi peminat pasangan selebriti terbabit turut mengingatkan aktor itu jangan membangkitkan kemarahan pihak lain.
“Gambar ‘last’ (kucup mulut) boleh padam kalau tak mahu tambah dosa,” tulis seorang peminat.
“Kalau orang nampak gambar akhir mahu meroyan dia balik,” ulas netizen lain.
“Ada yang patah bukan kerusi, ada yang sakit bukan gigi, ada yang retak bukan cermin, ada yang terbakar bukan kertas,” ujar seorang pemilik akaun.
Pelakon drama Amira Rose itu berkongsi gambar bersama Zahirah atau nama penuhnya Nur Zahirah Macwilson Zainol, 29, yang kini sarat hamil.
Mereka kini berada di Perth, Australia bagi menunggu detik kelahiran cahaya mata kedua mereka yang berjantina perempuan.
Selain gambar intim itu, Aiman turut berkongsi beberapa foto lain ketika mereka sekeluarga melawat sebuah ladang pisang kaki bersama putera sulung, Isaac Raees, 2.
Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. – KOSMO! ONLINE