SHAH ALAM – Selangor FC akan memastikan pihaknya menjaga kebajikan dan keperluan Faisal Halim ketika menerima rawatan dan pemulihan akibat disimbah asid.
Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, pihaknya hanya mahu yang terbaik untuk memastikan segala keperluan Faisal dapat dipenuhi.
“Kalau ikutkan yang dimaklumkan oleh doktor, kita mahu yang terbaik untuk dia, namun biasanya kos ini babitkan kos tinggi. Tetapi Raja Muda sendiri beri jaminan supaya tidak perlu risau, jika perlu pihak istana akan tanggung,” katanya ketika mengiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah melawat Faisal hari ini. – KOSMO! ONLINE