fbpx

[VIDEO] Faisal Halim sudah boleh makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal disahkan melecur tahap empat di sekitar tubuhnya yang terkena simbahan asid.

SHAH ALAM – Bintang skuad Harimau Malaya, Faisal Halim mula menunjukkan perkembangan positif, namun masih perlu dipantau di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, proses pembedahan kali kedua yang dilalui Faisal, 26, semalam berjalan dengan lancar dan keadaan pemuda itu juga bertambah baik.

“Alhamdulillah pembedahan kedua berlangsung malam tadi selama tiga jam. Hasilnya (perkembangan) saya dimaklumkan oleh pakar amat positif, terima kasih atas doa seluruh komuniti dan rakyat Malaysia.

“Pagi tadi saya difahamkan Faisal sudah boleh makan dan ada kemahuan untuk membuat latihan bola sepak. Bagi saya perkara ini amat membanggakan kerana dia mempunyai kemahuan tinggi.

“Tetapi harus diingat ini adalah pembedahan kedua. Saya difahamkan ada lagi pembedahan yang ketiga dan keempat,” katanya ketika mengiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah melawat Faisal hari ini.

Perkembangan ini secara jelas menepis segala andaian yang mengatakan Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey berkemungkinan akan bersara awal.

Sementara itu, Shahril memberitahu, pihaknya bersedia menerima apa juga keputusan daripada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berhubung hasrat Selangor FC yang berhasrat menukar tarikh perlawanan Piala Sumbangsih yang dijadualkan pada Jumaat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI