fbpx

Izzue Islam berikrar takkan curang, duakan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izzue berjanji tidak akan sekali-kali menduakan isterinya yang banyak berkorban sedari awal perkahwinan sehingga sekarang.

PETALING JAYA – Bukan dikongkong sebaliknya pelakon dan penyanyi, Izzue Islam mengakui lebih selesa hadir ke mana sahaja ditemani isteri yang juga pengurusnya iaitu Awin Nurin bagi mengelakkan dirinya berlaku curang.

Hakikat hati mudah berbolak-balik, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 33, bimbang dia tidak sedar diri statusnya sebagai suami jika tiada suri hatinya disisi.

“Setakat ini tiada pun yang cuba nak ‘try’ saya cuma itu sebagai langkah berjaga-jaga tak nak tiba-tiba saya pula yang ‘try’ orang lain.

“Manusia kan perasaan dia tunggang-langgang juga kadang-kadang. Takut satu hari saya jauh dengan isteri saya, tiba-tiba ‘bolehlah usha awek mana-mana kan?’

“Jadi untuk elak benda tu saya selalu bawa isteri saya. Saya tak suka hilang fokus. Saya lebih nak fokus kepada kerja, selesaikan tugas saya dan lepak dengan isteri. Itu saja,” katanya menerusi video dalam TikTok.

Pada masa sama, pelantun lagu Suka Sama Suka itu menegaskan dirinya tidak mahu berkongsi kasih sayang dengan wanita lain selain daripada isterinya.

“Saya nak dia bahagia cuma dengan saya dan saya cuma nak bahagia hanya dengan dia.

“Saya tak nak kongsi kasih sayang saya dengan orang lain. Kalau saya kongsi dengan orang lain nanti dekat dia tak cukup macam mana.

“Jadi saya nak bagi sepenuhnya kasih sayang apa yang sepatutnya seorang isteri dapat daripada seorang suami. Saya tak nak kongsi dengan orang lain,” tuturnya lagi.

Andai ditakdirkan jodoh mereka tidak berpanjangan, Izzue berkata, sekurang-kurangnya dia tahu yang saya sudah melakukan yang terbaik buatnya sebagai suami.

“Andai satu hari saya tidak bersama dengan dia pun sekurang-kurangnya dia ingat suami saya tak pernah buat itu (curang),” tutupnya.

Izzue dan Awin mendirikan rumah tangga pada 2 Jun 2013. Mereka masih belum dikurniakan rezeki untuk memiliki cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI