fbpx

Dua lelaki dicekup seludup 12.3 tan bawang Holland ke Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki tempatan yang ditahan oleh pasukan TDM ketika menyeludup keluar 12,300 tan bawang Holland ke Indonesia.

KUCHING – Pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) mematahkan kegiatan dua lelaki tempatan menyeludup keluar 12.3 tan bawang Holland ke Indonesia.

Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) memaklumkan, tangkapan dilakukan oleh sepasukan anggota TDM yang menjalankan rondaan di Ladang Kelapa Sawit Empaling Kg Stass, Bau pada jarak kira-kira 400 meter dari sempadan Indonesia pada pukul 9.30 malam tadi.

Katanya ia hasil penahanan ke atas dua buah lori jenis Toyota Dyna 7.5 Tan dan Mitsubishi Canter 5 Tan yang sedang membawa muatan yang bertutup menuju ke Indonesia dengan menggunakan jalan tidak sah.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua kenderaan tersebut dipandu oleh warga tempatan yang berumur 32 tahun dan 53 tahun.

“Lori jenis Toyota Dyna 7.5 Tan membawa muatan sebanyak 5,300 kilogram Bawang Holland dianggarkan bernilai RM26,500 manakala Mitsubishi Canter 5 Tan membawa muaatan sebanyak 7,000 kilogram Bawang Holland dianggarkan berjumlah RM35,000,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu menambah, kesemua hasil rampasan termasuk dua buah lori dianggarkan berjumlah RM181,500 dan kesemua barang rampasan beserta dua orang yang ditahan diserahkan kepada Balai Polis Bau untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI