fbpx

Juruteknik maut jatuh dalam tangki kapal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BELUD – Seorang juruteknik enjin kapal maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam tangki kapal sedalam 13.5 meter dalam kejadian di sebuah pelantar ‘Off Shore’ kelmarin.

Mangsa berusia 51 tahun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) selepas tiba dari pelantar menggunakan helikopter dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Belud, Asisten Superintendan Tajuddin Padis berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa dikatakan diarah untuk mengukur paras minyak di dalam tangki kapal berkenaan sebelum terjatuh ke dalam ruangan tangki sedalam 13.5 meter ekoran penutup tangki tidak tertutup.

“Seorang lagi individu yang melihat kekadian terbabit terus memaklumkan insiden berkenaan kepada kapten kapal dan operasi mencari dan menyelamat terus dijalankan.

“Mangsa berjaya ditemui dalam keadaan patah tangan dan berada dalam masih sedarkan diri. Bagaimanapun, keadaan mangsa menjadi semakin lemah dan pihak penyelamat kapal memutuskan untuk menghantar mangsa ke hospital menggunakan perkhidmatan helikopter,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tajuddin memaklumkan mangsa tiba di lapangan terbang KKIA pada pukul 9.40 malam, namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir membantu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). Mayat mangsa sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI