fbpx

Peminat bola mahu polis cari admin page ‘serang’ Faisal Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar akaun Facebook Pahang is Dead 2.0.

PETALING JAYA – Peminat bola menggesa pihak polis mencari pentadbir Facebook yang ‘menyerang’ pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, sebuah ‘page’ di Facebook dikenali sebagai ‘Pahang is dead 2.0’ kerap menyerang pemain muda tersebut secara peribadi sebelum ini.

Walau bagaimanapun, difahamkan akaun tersebut tiba-tiba hilang tidak lama selepas kejadian simbahan asid ke atas Faisal yang berlaku di sini baru-baru ini.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna menggesa agar pentadbir Facebook tersebut disiasat.

“Cuba siasat admin-admin (pentadbir) page ini. Mungkin ada kaitan dengan kes ini,” kata Kokokecik.

“Eloklah pupus. ‘Page’ (laman) ini bersifat ‘personal’ (peribadi). Mengapi-apikan penyokong saja. Padahal dulu tak wujud pun page ini,” kata Jimie.

“PDRM (Polis Diraja Malaysia) tolong cari ‘Pahang is dead 2.0’ dari dulu lagi dia asyik up (buat hantaran) buruk pasal Faisal Halim,” kata seorang lagi pengguna TikTok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI