fbpx

Selangor FC memohon tunda lawan JDT Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Selangor FC. Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

SHAH ALAM – Pihak pengurusan Selangor FC akhirnya membuat permohonan kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk menunda aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, pada Jumaat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar mengesahkan permohonan itu dikemukakan atas dasar keselamatan.

Shahril berkata, pihaknya memohon MFL agar memperhalusi permohonan itu dengan surat permohonan sudah dikemukan kepada MFL, hari ini.

“Selangor FC telah membuat permohonan secara rasmi sekiranya pihak MFL dan juga JDT (Johor Darul Ta’zim) bersetuju untuk perlawanan Piala Sumbangsih kalau dapat diubah, bukan dibatalkan atas dasar keselamatan.

“Itu (faktor keselamatan) saya tak boleh dedahkan. Kita sudah buat permohonan rasmi kepada MFL. Biar MFL teliti dan perbincangan lanjut akan dijalankan,” katanya ketika ditemui sebentar tadi.

Sebagai rekod, pemain sensasi Selangor FC, Faisal Halim kini berada dalam keadaan agak parah selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di pusat beli belah di Damansara kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI