fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: Kadar pengundian awal catat 97 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota polis membuang undi pada hari mengundi awal PRK Kuala Kubu Baharu, hari ini. Foto M FIRDAUS M JOHARI/ KOSMO!

HULU SELANGOR – Peratusan pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu mencatatkan sebanyak 97 peratus selepas dua pusat mengundi ditutup pada pukul 5 petang tadi.

Proses pengundian itu dijalankan di Rejimen Semboyan Divisyen Ke-4 Infrantri dan Dewan Serbaguna Maktab Polis Diraja Malaysia yang mengandungi tiga saluran awal yang dibuka bermula pukul 8 pagi.

Menurut, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ia melibatkan seramai 769 daripada 863 pengundi awal berdaftar terdiri daripada anggota polis dan tentera termasuk pasangan.

“SPR merakamkan ucapan tahniah kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan baik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, SPR turut menyatakan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta pengamal media yang terlibat.

Sebelum ini, SPR menetapkan hari mengundi bagi PRK Kuala Kubu Baharu pada Sabtu ini bersamaan 11 Mei.

PRK DUN itu diadakan susulan kematian penyandangnya mewakili Pakatan Harapan (PH), mendiang Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI