fbpx

Israel tempatkan kereta kebal di hujung selatan Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Palestin berpindah dari Rafah dengan membawa barangan mereka hari ini. – AFP

BANDAR GAZA –  Tentera Israel menempatkan kereta kebal di hujung selatan Gaza dan mengambil alih kawalan lintasan sempadan Mesir hari ini, ketika peperangan dengan Hamas memasuki bulan kelapan. 

Penempatan tentera Rejim Zionis ke sektor timur bandar yang sesak itu berlaku selepas Israel memberi amaran kepada penduduk Palestin di kawasan tersebut supaya berpindah.

Rakaman video tentera menunjukkan kereta kebal berbendera Israel mengawal lintasan sempadan di sebelah Palestin dalam apa yang digelarnya ‘skop terhad menentang sasaran spesifik’.

AFP sebelum itu melaporkan pengeboman semalaman telah menggegarkan Rafah, dengan Hospital Kuwait berkata, 23 orang terbunuh, manakala empat lagi dilaporkan maut oleh Hospital Najjar.

Dalam pada itu,  jurucakap agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), OCHA  berkata, aksesnya ke Rafah dihalang oleh pihak berkuasa Israel.

“Kami kini tidak mempunyai kehadiran fizikal di lintasan Rafah. Ia telah dihalang oleh COGAT,” kata Jens Laerke ketika merujuk kepada agensi Israel yang menyelia bekalan di wilayah Palestin. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI