KETIKA karier nyanyian masih ampuh, penyanyi dangdut Inul Daratista tidak hanya bergelek sebaliknya rancak mengusahakan pelbagai perniagaan demi masa depan.
Antara bisnes penyanyi dangdut itu adalah taman tema air Saygon Waterpark di kampung halamannya di Pasuruan, Jawa Timur.
Selain gelongsor air, kolam renang, gazebo dan serta ruang aktiviti, pusat hiburan sekeluarga tersebut juga dilengkapi pelbagai permainan taman tema.
Selebriti sensasi berusia 45 tahun itu juga menguruskan sebuah restoran makanan terkenal di Jakarta bernama Yongdaeri.
Sebagai selebriti Inul turut membuka bisnes kosmetik bawah namanya iaitu Inul Beauty Cosmetic. Antara bisnes lain yang diusahakannya juga dalam bidang teknologi
dengan memperkenalkan aplikasi Keyta Keyboard untuk peniaga online memproses transaksi pembayaran.