fbpx

Penumpang kesal makluman kejadian pokok tumbang lambat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian pokok tumbang yang menyebabkan perkhidmatan monorel di antara Stesen KL Sentral dan Medan Tuanku tergendala.

PETALING JAYA – Pengguna monorel terkandas gara-gara perkhidmatan pengangkutan awam itu yang tergendala susulan kejadian pokok tumbang di antara stesen Bukit Nanas dan Raja Chulan petang ini.

Menerusi beberapa perkongsian di media sosial, penumpang turut kesal kerana makluman mengenai kejadian tersebut tidak dimaklumkan dengan segera di dalam tren Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT).

“Tolong maklumkan pada petugas di stesen untuk maklumkan kepada penumpang yang sedang tunggu.

“Saya menunggu hampir setengah jam sebelum kakitangan Rapid KL naik ke platform dan saya perlu bertanya sendiri apa yang sedang berlaku,” kata seorang pengguna aplikasi X, @laniemon.

“Sangat kecewa kerana tiada pemberitahuin dari awal. Sekurang-kurangnya sebelum menaiki monorel di KL Sentral jadi saya boleh pilih untuk naik LRT. Sekarang sangkut di Hang Tuah,” kata @pidot1990.

Sementara itu, Rapid Rail Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan memaklumkan operasi laluan monorel sedang mengalami gangguan perkhidmatan susulan kejadian pokok tumbang tersebut.

Susulan daripada kejadian tersebut, tiada perkhidmatan di antara stesen KL Sentral dan stesen Medan Tuanku.

“Pihak Rapid KL sedang bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelesaikan gangguan tersebut secepat mungkin.

“Sebarang kemaskini akan dimaklumkan secara berkala menerusi saluran media sosial dan aplikasi PULSE,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI