fbpx

[VIDEO] Seorang maut, seorang cedera dalam insiden pokok tumbang Jalan Sultan Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba dan orang awam ketika operasi mengeluarkan mangsa dari kenderaan. Foto ihsan JBPM KL

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan maut dan seorang lagi cedera setelah terbabit dalam insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.19 petang tadi.

Seramai 27 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah, BBP Titiwangsa, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Sentul dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurut kenyataan Penolong Pengarah Operasi Negeri JBPM Kuala Lumpur, PgKB I M. Fatta M. Amin, setibanya dilokasi kejadian didapati terdapat pokok besar tumbang di atas jalan raya melibatkan 17 buah kenderaan dan landasan monorel di sebelah atas telah dihalang dengan dahan-dahan pokok.

Insiden tersebut turut melibatkan kerosakan fasiliti awam iaitu perhentian bas di tepi jalan.

“Terdapat dua orang mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh anggota, mangsa pertama seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun disahkan meninggal dunia.

“Mangsa kedua lelaki tempatan, 26, mengalami kecederaan telah diserahkan kepada pihak paramedik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan terdapat kelewatan tren susulan kejadian pokok tumbang antara stesen Bukit Nanas dan Raja Chulan.

Rapid KL dalam kenyataan berkata, tiada perkhidmatan monorel di antara Stesen KL Sentral dan Medan Tuanku.

“Perkhidmatan alternatif diaktifkan iaitu bas perantara dari KL Sentral ke Medan Tuanku.

“Selain itu turut disediakan tren perantara dari Medan Tuanku ke Titiwangsa (Platform 1),” katanya.

Menerusi beberapa rakaman yang tular di media sosial, pokok tersebut menghempap landasan monorel serta kenderaan yang berada di sekitar lokasi kejadian.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI