PETALING JAYA – Rapid KL memaklumkan terdapat kelewatan tren susulan kejadian pokok tumbang antara stesen Bukit Nanas dan Raja Chulan.
Rapid KL dalam kenyataan berkata, tiada perkhidmatan monorel di antara Stesen KL Sentral dan Medan Tuanku.
“Perkhidmatan alternatif diaktifkan iaitu bas perantara dari KL Sentral ke Medan Tuanku.
“Selain itu turut disediakan tren perantara dari Medan Tuanku ke Titiwangsa (Platform 1),” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, berlaku kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Menerusi beberapa rakaman yang tular di media sosial, pokok tersebut menghempap landasan monorel serta kenderaan yang berada di sekitar lokasi kejadian.- KOSMO! ONLINE.