fbpx

Presiden Pas tiba di Istana Kinta bagi menghadap Sultan Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan yang membawa Abdul Hadi tiba di Istana Kinta, Ipoh pada pukul 10.50 pagi.

IPOH – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba di Istana Kinta di sini untuk menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Kenderaan yang membawa beliau dilihat memasuki perkarangan Istana Kinta kira-kira pukul 10.50 pagi.

Sebelum ini, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menghantar surat memohon menghadap Sultan Perak pada 10 Disember lalu berikutan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu tidak menghadap sebagaimana dititahkan baginda pada Selasa lalu ketika kemelut politik Perak.

Tiga ADUN Pas itu ialah ADUN Semanggol yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria; ADUN Selama, Mohd. Akmal Kamarudin dan ADUN Kubu Gajah, Mohd. Khalil Yahaya.

Razman yang mengulas tindakan mereka berkata, keputusan berkenaan diambil atas arahan pucuk kepemimpinan parti.

Berikutan itu, tiga ADUN Pas itu menzahirkan permohonan ampun kepada Sultan Perak atas kekhilafan mereka kerana tidak menghadap sebagaimana dititahkan baginda. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI