fbpx

15 cubaan seludup rokok putih dari KLIA tumpas sepanjang April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norlela ketika sidang akhbar mengenai Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit III (LTAKL) berjaya menggagalkan cubaan Penyeludupan Tembakau Kunyah (Chewing Tobacco) dan Rokok Putih serta Beedis di Kastam Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR

SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mengagalkan sebanyak 15 cubaan penyeludupan keluar rokok putih menerusi parcel di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada bulan lepas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah JKDM, Norlela Ismail berkata, sepanjang tempoh berkenaan pihaknya telah menyita sebanyak 786,800 batang rokok.

“Rampasan melibatkan pelbagai jenama dengan nilainya berjumlah RM78,368 manakala dari segi duti dan cukai yang terlibat pula dianggarkan mencecah RM527,124,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Antara kes yang berjaya digagalkan JKDM jelasnya, ialah pada 15 April lalu membabitkan sejumlah 200,000 batang rokok putih berkenaan dengan nilainya dianggarkan RM20,000.

Rokok putih itu ujar beliau, diikrarkan sebagai ‘console’ untuk mengaburi pihak berkuasa dengan duti atau cukai terlibat pula yang dianggarkan mencecah sebanyak RM134,000.

“Strategi kreatif penjenayah tersebut dipercayai untuk menyukarkan JKDM melakukan usaha pengesanan dan kemudian bertindak bagi menahan kumpulan terbabit,” katanya.

Norlela juga mengesahkan hasil pemeriksaan lanjut ke atas rokok berkenaan mendapati ia tidak dilekatkan setem cukai bahkan tiada label amaran kesihatan oleh kerajaan Malaysia dan dipercayai bagi pasaran rantau Oceania.

“Malah, mahkamah boleh mendenda sehingga 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI