fbpx

Kereta perisai mula berkawal di Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota PGA menjalankan rondaan menggunakan kereta perisai di kawasan Sungai Golok di Jeram Perdah, Rantau Panjang hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) memperkukuhkan kawalan sempadan Malaysia -Thailand di sepanjang Sungai Golok dengan menggerakkan kereta perisai dan penggunaan dron.

Timbalan Komandernya, Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, rondaan bermula dari Pos Ular di Pangkalan Kubor, Tumpat sehingga Pos Ibrahim Pencen di sini untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dalam usaha mengekalkan kententeraman awam di sempadan.

Menurutnya, rondaan itu juga dapat memberi gambaran persediaan Briged Tenggara melalui PGA berdepan sebarang ancaman sepanjang penugasan di sempadan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

“Rondaan anggota dijalankan menggunakan kereta perisai jenis Commando V150. Aset itu digerakkan susulan insiden letupan dan berbalas tembakan yang berlaku di Selatan Thailand pada 29 April lalu.

“Selain kereta perisai, kita turut menggerakkan unit dron dalam mengukuhkan lagi kawalan udara di kawasan sempadan,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Mengulas lanjut, Hakemal memberitahu, Unit Dron Pasukan Gerakan Udara akan menjalankan pemantauan dan mengesan pergerakan berkait kegiatan rentas sempadan.

“Insiden letupan bom dan tembakan itu memberi kesan terhadap keselamatan sempadan negara apabila ia mampu menjejaskan kelancaran sosioekonomi harian masyarakat sekitar jika tidak ditangani secara berhemah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI