fbpx

‘Farid Kamil, Diana Danielle bukti cinta bukan kisah dongeng’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kisah pasang surut cinta antara Farid dan isteri tersayang, Diana menjadi inspirasi buat ramai orang.

PETALING JAYA – “Anda bertiga adalah hadiah terindah dalam hidup saya.”

Demikian luahan pelakon dan pengarah, Farid Kamil menzahirkan rasa syukur dikurniakan insan istimewa yang melengkapi dan menyempurnakan kehidupannya.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari itu berkongsi kegembiraan bersama keluarga bersempena sambutan ulang tahunnya yang ke-43 pada 5 Mei lalu.

Pelakon filem Anwar: The Untold Story itu berkongsi momen hari jadi apabila menerima kejutan berupa kek daripada isterinya, Diana Danielle serta dua anak mereka.

Diana dan anak-anaknya menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi sebelum Farid membacakan doa seterusnya meniup lilin di atas kek.

Mereka juga menikmati hari penuh bermakna itu dengan berkaraoke empat beranak di sebuah premis.

Video sambutan tersebut dikongsikan isterinya dalam TikTok seterusnya meraih maklum balas positif ramai pengikut pasangan romantis itu.

Pernah berdepan gelombang rumah tangga, rata-rata netizen menitipkan doa agar kehidupan Farid dan keluarganya kekal bahagia.

“Tak tahu kenapa tapi sebak pula rasa. Setelah banyak jatuh bangun, awak berdua sebenarnya mengajar saya bahawa cinta bukanlah sebuah dongeng,” tulis seorang peminat.

“Alhamdulillah, tumpang seronok tengok kasih bertaut kembali, yang penting hidup kena saling beralah,” ujar pemilik akaun lain.

Sebelum ini, Farid dan Diana pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos secara atas talian sebelum rujuk semula pada 31 Ogos lalu.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI