fbpx

Jangan perlekeh cadangan pelarasan gaji penjawat awam – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pihak pembangkang supaya tidak memperlekehkan usaha kerajaan menaikkan gaji penjawat awam terutama sebagai modal kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ketika ini.

Perdana Menteri berkata, pihak pembangkang perlu diberikan pemahaman yang betul mengenai pelarasan gaji itu bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan penjawat awam.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pembangkang perlu faham bahawa hampir setiap keluarga di Kuala Kubu Baharu ada penjawat awam.

“Jadi kalau dia nak tahu, biar Amir (Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan) dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican bagi kuliah kepada beberapa pemimpin pembangkang tentang ekonomi dan bagaimana kita uruskan.

“Kalau tidak anak dia, adik dia, anak saudara dia, menantu dia ada penjawat awam. Jadi jangan perlekehkan usaha kita kerana saya tahu sukar dan saya merenung berbulan-bulan, mesyuarat berpuluh kali,” katanya ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI