fbpx

Buntu cari RM15,000 untuk rawat Anggun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR SHAHDAN bersama isterinya menjaga bayi mereka yang sering diserang sawan ketika ditemui di rumah mereka di Johor Bahru baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri kini runsing memikirkan cara untuk mencari duit bagi merawat anak tunggal mereka, Nur Anggun Seroja yang berdepan komplikasi kesihatan akibat kerap diserang sawan.

Bapanya, Nor Shahdan Rabu, 25, berkata, bayi perempuannya berusia sembilan bulan itu mula diserang sawan sejak berusia lima bulan.

“Ketika pertama kali diserang sawan, kami membawanya ke hospital kerajaan di Tangkak, namun doktor kata ia hanya sawan biasa, tetapi selepas itu dia semakin kerap terkena sawan.

“Dalam tempoh beberapa bulan ini, sudah sembilan kali bayi saya diberikan rawatan di hospital, namun punca penyakit masih gagal dikesan.

“Disebabkan itu, kami sekeluarga mencuba untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta dengan harapan penyakit itu dapat disembuhkan,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Nor Shahdan memberitahu, dia telah menyediakan peruntukan kira-kira RM5,000 untuk rawatan itu, namun doktor memaklumkan kos yang diperlukan lebih besar bermula RM15,000.

Katanya, dia hanya bekerja sendiri sebagai mekanik dengan pendapatan kira-kira RM4,000 sebulan, manakala isterinya seorang suri rumah.

Ujarnya, disebabkan kekangan kewangan, mereka tidak mampu untuk menyediakan wang seba­nyak itu dalam tempoh segera.

Sementara itu, isterinya, Nur Anirah Rahmat, 25, memberitahu, tahap kesihatan anaknya itu juga semakin merosot apabila Nur Anggun tidak lagi aktif se­perti dahulu.

“Sebelum ini dia aktif me­rangkak dan bergerak ke sana sini, namun apabila penyakit sawannya semakin kerap terjadi walaupun ketika sedang tidur, ia telah menjejaskan kesihatannya.

“Antara paling ketara adalah selera makannya berkurangan dan juga bahagian sebelah kiri tubuhnya semakin lemah,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Nor Shahdan di talian 019-4930266 atau sumbangan terus ke akaun RHB milik Nur Anirah Rahmat iaitu 15110600069375.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI