fbpx

MPOGCF anjur Biodiversity Forum 2024 di Genting Hinglands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biodiversity Forum 2024 bakal diadakan di Resorts World Awana, Genting Highlands, Pahang bermula 7 Mei hingga 9 Mei ini.

PETALING JAYA – Buat pertama kali, Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) bekerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam menganjurkan Biodiversity Forum 2024.

Program tersebut bakal diadakan di Resorts World Awana, Genting Highlands, Pahang, selama tiga hari bermula esok yang akan disempurnakan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Pengurus Besar MPOGCF, Hairulazim Mahmud berkata, dengan bertemakan The Other Malaysians: Living Together in Harmony, forum tersebut bertujuan memberi penekanan terhadap usaha melindungi tiga spesies hidupan liar yang ikonik di Malaysia iaitu Orang Utan, Harimau Malaya dan Gajah Pigmi Borneo

“Ia sekali gus melambangkan komitmen untuk melestarikan biodiversiti terutamanya di dalam landskap perladangan kelapa sawit.

“Forum ini akan menjadi platform yang penting bagi saintis pemuliharaan, profesional kemampanan ladang, penyelidik, pelajar, pendidik serta pengamal dalam bidang alam sekitar dan pemegang-pemgang taruh lain berhimpun, bertukar-tukar pandangan mengenai pemuliharaan biodiversiti dan amalan kemampanan di ladang kelapa sawit.

“Biodiversity Forum 2024 juga merupakan titik pertemuan penting bagi komuniti pemuliharaan di mana ia menarik penyertaan peserta-peserta yang mencakupi pelbagai bidang dari seluruh dunia,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, penganjuran forum kali ini berlandaskan tiga objektif iaitu perkongsian pengetahuan, menjalin rangkaian dan keterlibatan serta meningkatkan kesedaran mengenai pemuliharaan biodiversiti.

Biodiversity Forum 2024 akan membentangkan agenda menyeluruh yang merangkumi pelbagai topik termasuk kemampanan dan amalan terbaik, kewujudan bersama manusia dan hidupan liar, usaha pemuliharaan oleh industri, pendidikan dan kesedaran mengenai pemuliharaan, dasar dan peraturan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI