fbpx

SRK mengaku tak pandai berbahasa Inggeris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH RUKH KHAN

KETIKA deretan rakan seperjuangan rancak membina nama di Hollywood, ramai peminat tertanya-tanya alasan Raja Bollywood iaitu Shah Rukh Khan (SRK) masih belum terbuka untuk ke persada dunia.

Rata-rata menebak belum ada produksi yang mengajukan tawaran, namun hakikatnya, penerbit filem Top Gun, Tony Scott mengajak aktor itu menjadi hero filem aksi.

Namun secara baik SRK menolak dengan memberi alasan tidak lancar berbahasa Inggeris selain kurang menyerlah dari segi bentuk badan serta usia yang agak tua.

Begitupun, rata-rata kenalan terdekat aktor terbabit mendedahkan dia enggan ke Hollywood kerana sayangkan industri filem Bollywood.

Bintang Pathan itu mempunyai misi membawa industri perfileman negaranya ke persada antarabangsa.

Terdahulu, antara selebriti India yang menempa nama di luar negara ialah Priyanka Chopra, Deepika Padukone, Anil Kapoor, Kabir Bedi, Nargis Fakhri dan terbaharu, Alia Bhatt.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI