fbpx

KTM sasar jual 100 unit motosikal berkuasa tinggi generasi baharunya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu model baharu KTM Malaysia yang dilancarkan di Subang SkyPark RAC di Subang baru-baru ini.

PETALING JAYA – KTM Malaysia menyasarkan jualan sebanyak 100 unit bagi empat model terbaharu motosikal berkuasa tinggi generasi baharunya iaitu KTM 250, KTM 390, KTM 990 dan KTM 1390 super Duke R.

Pelancaran model terbaharu ini seiring dengan sambutan u­lang tahun ke-30 syarikat pengilang motosikal serta aksesori dan komponen bertaraf dunia dari Austria itu.

Turut diperkenalkan dalam satu majlis yang meriah di Su­bang SkyPark RAC itu adalah pengenalan model KTM 790 Duke.

Pengurus Strategi Pemasaran KTM Malaysia, Goi Seong Keng berkata, sejak beberapa tahun lalu, model KTM Duke telah mendapat permintaan yang tinggi di pasaran Asia sehingga memberi peluang kepada syarikat pembuatannya memindahkan kilang pembuatan KTM 790 ke China.

“Model KTM Duke memiliki daya tarikan dan reka bentuknya tajam dan bergaya serta dilengkapi dengan ciri-ciri ke­selamatan yang dipertingkatkan bagi memberi pengalaman menunggang yang hebat buat peminat motosikal.

“Kami menampilkan warna-warna menarik seperti Electronically Dazzling Metallic Orange (ED) yang direka khusus untuk sambutan ulang tahun ke-30 ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran model eksklusif tersebut baru-baru ini.
Seong Keng menerangkan, syarikat memberi jaminan bahawa motosikal model baharu ini bakal memberi kepuasan berganda bagi peminat motosikal berkuasa tinggi.

“Kami mengutamakan ke­puasan penunggang dan mereka akan merasai pengalaman tegar bersama Duke,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI