fbpx

Puteri Sarah nafi rujuk semula dengan Syamsul Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puteri Sarah menafikan fitnah mengatakan dia dan bekas suami, Syamsul Yusof bakal rujuk semula sebagai suami isteri.

PETALING JAYA – Pelakon Puteri Sarah kesal dengan penyebaran berita palsu kononnya hubungan dengan bekas suami iaitu pengarah Syamsul Yusof akan kembali bertaut.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi Instagramnya apabila menerima pelbagai pertanyaan tentang kesahihan khabar angin mengenai rujuk semula.

“Ramai DM (mesej langsung) tanya betulkah rujuk balik? Jadi bini nombor dua?

“Eh! Berita palsu. Tidak akan terjadi. Kita sudah ‘move on’,” kata Sarah.

Lebih membuatkan pemilik nama lengkap Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, bengang apabila segelintir pihak menggunakan berita palsu semata-mata untuk kepentingan diri.

“Seriuslah, makin menjadi-jadi tajuk Facebook. Makin benci dengan blog-blog dalam Facebook.

“Mula-mula kata nak rujuk balik, selepas itu mengarut kata rujuk kembali demi anak-anak. Aku tak fahamlah.

“Makin diam, makin aneh-aneh tajuk dia nak suruh masuk link Shopee,” ujarnya.

Tuduhan tersebut mula disebarkan melalui hantaran Facebook mengatakan: “Puteri Sarah semakin berseri semenjak mula berhubungan dengan… Tahun ini Sarah akan rujuk kembali dengan…”

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Bagaimanapun, mereka bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lalu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI