fbpx

Delulu bukan karya sindir mana-mana orang – Ara Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ara kini muncul dengan single baharu berjudul Delulu.

PETALING JAYA – Penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu balada rock, Ara Johari kini keluar dari zon selesa melalui single baharunya berjudul Delulu.

Delulu menjadi pertaruhan pertama Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie, 27, selepas membuat keputusan untuk bergerak di bawah pengurusan sendiri.

Delulu berbeza daripada single saya sebelum ini. Boleh dikatakan single ini menunjukkan sisi lain Ara Johari yang biasa orang kenal saya dengan lagu jiwang dan sedih.

“Ini juga fasa baharu dalam kerjaya nyanyian saya di mana bergerak di bawah pengurusan sendiri,” ujarnya.

Lagu berentak pop dance tersebut merupakan hasil ciptaan Ara Johari berkolaborasi bersama Justin Seow & Ja’a.

Bercerita lanjut, penyanyi yang dikenali menerusi lagu Bunga dan Warkah Untukku itu berkata, Delulu membawa mesej ringan yang sesuai dengan situasi masa kini.

Tambahnya, karya berkenaan juga hanya hiburan semata-mata yang tidak menyentuh mana-mana pihak.

“Delulu membawa maksud delusional atau ilusi seseorang terhadap sesuatu yang tidak pasti.

“Lagu ini membawa mesej ringan dan sekadar untuk hiburan. Delulu bukan lagu sindir mana-mana pihak hanya untuk hiburan setelah penat dengan isu-isu besar masa kini,” ujarnya.

“Saya pasti siapa juga yang mendengarnya pasti akan ikut menari,” ujarnya.

Delulu edaran One Stop Music  sudah boleh didengari di semua platform penstriman bermula 3 Mei 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI