fbpx

Huru-hara, sudah masa tamatkan ‘ribut’ Aliff Aziz – Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puteri Sarah berbangga dengan semangat ditunjukkan rakannya Bella Astillah dalam mendepani masalah rumah tangganya dengan Aliff Aziz.

PETALING JAYA – Bimbang melihat kontroversi membabitkan hal Aliff Aziz yang seakan-akan tidak terkawal, pelakon Puteri Sarah Liyana berharap keributan tersebut dapat dihentikan segera.

Katanya, situasi yang mencetuskan kekecohan terhadap banyak pihak itu sangat membimbangkan kerana keadaan kini semakin huru-hara.

“Pada pandangan saya, benda ini (kontroversi) dah jadi , ‘chaos’ (kecoh), jadi sudah tiba masanya untuk ‘wrap it up’ (tamatkan).

“Kalau tidak makin tak tenang netizen dan kita. Dah huru-hara dan makin banyak karakter,” katanya dalam wawancara sebuah program televisyen.

Pada masa sama, aktres berusia 38 tahun ini turut berbangga melihat rakannya, Bella Astillah yang terbabit dalam situasi terbabit mampu meneruskan hidup.

Sempat menitipkan nasihat, bagi ibu tunggal anak dua itu, paling penting adalah kekal tenang menjaga emosi agar sentiasa stabil.

“Yang saya nampak Bella dah ‘move on’. Teruskan apa yang dia buat, terus terbang tinggi. Semua yang ada ini dah cukup bagus.

“Sebab kita kena jaga kesihatan mental dan sebagai ibu kepada dua orang anak, kita tak boleh ‘down’.

“Anak-anak kita bergantung kepada kita. Kita kena kuat untuk anak-anak kita,” ujarnya.

Sebelum ini industri hiburan dikejutkan berita tangkapan khalwat membabitkan suami kepada Bella, Aliff Aziz dengan pelakon, Ruhainies.

Ketika peminat masih tertanya-tanya pengakhiran kes tersebut selain permohonan cerai Bella, muncul pula seorang wanita Singapura mengakui kekasih aktor tersebut.

Plot kecurangan Aliff semakin panas apabila wanita bernama Sarah Yasmine itu mendakwa Aliff dan Ruhainies bercinta bersandarkan bukti daripada WhatsApp antara mereka.

Menambahkan kekecohan adalah satu per satu pendedahan membabitkan artis lain, malah Sarah juga memetik nama Caprice, Emma Maembong dan ramai lagi.

Susulan itu, ramai selebriti bersuara agar semua keributan dapat dihentikan bagi mengelakkan lebih ramai individu tidak berkaitan ‘ditarik’ selain menjaga hubungan baik penggiat industri dua negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI