fbpx

Tadika swasta bertahun tipu bayar KWSP pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebuah tadika swasta terkenal didakwa mengabaikan kebajikan pekerjanya apabila culas membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Seorang pengguna media sosial mendakwa, lebih setahun pihak majikan gagal melaksanakan tanggungjawab tersebut meskipun gaji pekerja dipotong setiap bulan dengan alasan untuk caruman KWSP.

“Anak buah saya kerja situ, dia pun dah buat laporan polis. Cikgu-cikgu yang lain pun dah buat laporan polis, aduan ke pejabat buruh, tetapi belum ada apa-apa tindakan.

“Sekarang ini dah bertahun (majikan) tak bayar KWSP. Kesian sebab itu adalah hak pekerja,” katanya.

Pendedahan individu tersebut turut mendapat reaksi pengguna media sosial yang lain dan ada di antara mangsa kejadian meninggalkan komen berkongsi nasib mereka.

“Sangat bertahun, janji manis sahaja banyak,” kata @nrlhdyhhhhhhhh yang mendakwa dia juga antara pekerja tadika terbabit yang terkesan.

“Betul. Kawan saya kerja tadika ini, elaun kena tarik balik. KWSP tak bayar. Dalam slip gaji majikan tolak tetapi hakikatnya tak masuk pun akaun KWSP,” kata @FatennadiahII.

Sementara itu, tular di TikTok, bekas pekerja tadika terbabit menuntut bayaran dan penjelasan daripada pihak majikan berhubung penipuan yang dilakukan.

“Mana duit KWSP pekerja? Ramai yang terkejut kerana mendakwa banyak guru tadika berprestij dibayar gaji minimum walaupun kerja menimbun.

“Bekerja bagai nak mati dan dapat tahu gaji yang sepatutnya dicarum KWSP ditolak, tapi tak dimasukkan ke dalam akaun KWSP pekerja.

“Dalam erti kata lain, mereka ‘makan’ duit staf. Bila ditanya, alasannya apa? Syarikat tak ada duit. Tengah ada masalah,” luahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI