fbpx

Cuaca cerah, baik seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca cerah dan baik di seluruh negara pagi.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan lebat pada awal pagi tadi di beberapa kawasan di Perak, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor juga telah beransur reda.

“Di Sabah pula hujan di beberapa tempat di Pedalaman, Labuan dan Tawau diikuti dengan Sarawak iaitu di Bintulu, Miri dan Limbang juga akan pulih sebelum menjelang tengah hari,” katanya.

Sementara itu, bagi cuaca sebelah petang, MetMalaysia menjangkakan ribut petir di seluruh negara terutamanya di negeri-negeri Semenanjung.

“Ribut petir dan hujan lebat di sebelah petang dijangka turut berlaku di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.

“Di Sarawak, kawasan yang berdepan cuaca buruk ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang,” katanya.

Dalam pada itu, bagi cuaca sebelah malam pula, ribut petir diramalkan di kebanyakan kawasan di Kelantan, Terengganu, dan Pahang.

“Cuaca hujan dan lembap turut dijangka di beberapa tempat di Perlis, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor malam ini.

“Selain itu, cuaca hujan sama dijangka berlaku di Sabah melibatkan Pedalaman, Pantai Barat dan Labuan, serta di Sarawak pula iaitu, Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit dan Bintulu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI