fbpx

Ryan Gosling cerewet sebab anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ryan Gosling mengakui terlalu protektif terhadap anak-anaknya kerana sayangkan mereka.

SEJAK bergelar seorang bapa, pelakon Ryan Gosling mengakui anak-anak menjadi antara faktor terbesar yang mempengaruhi keputusannya dalam menerima mana-mana watak.

Katanya, watak yang diterima haruslah sesuai dan seronok untuk ditonton anak-anak yang masih kecil.

“Ketika ini, saya tidak akan terima watak yang meletakkan diri saya dalam situasi negatif.

“Setiap kali mendapat tawaran lakonan, saya akan berbincang dengan isteri, Eva Mendes bagi memastikan keputusan yang diambil tidak memberi impak negatif terhadap anak-anak,” katanya.

Gosling menambah, menjadi seorang bapa juga membuatkan dirinya sering berfikir panjang untuk menerima sebarang tawaran filem aksi.

“Buat masa sekarang, watak lakonan saya bergantung kepada anak-anak. Keluarga memang menjadi keutamaan ketika ini.

“Status sebagai bapa juga buat saya berfikir banyak untuk menerima watak yang memerlukan saya melakukan aksi lagak ngeri berbahaya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI