SERIAN – Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai lemas ketika mandi di Taman Rekreasi Ranchan, di sini petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 5.33 petang tadi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, seorang lelaki dewasa dalam keadaan tidak sedarkan diri telah dibawa oleh orang awam ke tempat selamat.
“Bagaimanapun, katanya mangsa yang berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik,” katanya dalam kenyataan.
Beliau menambah, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE