fbpx

Netizen cemas sistem Google tergendala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkhidmatan emel oleh Google, Gmail yang tidak boleh diakses sejak pukul 8 malam tadi.

PETALING JAYA – Perkhidmatan Google didapati mengalami gangguan diseluruh dunia termasuk platform lain seperti YouTube, Gmail dan Google Drive.

Gangguan tersebut mencetuskan panik pengguna di media sosial yang rata-ratanya memaklumkan hanya menerima mesej ralat daripada sistem tersebut tanpa penjelasan lebih lanjut.

Tinjauan di laman Twitter mendapati Google menjadi trending dengan 1.23 juta ciapan dibuat berhubung gangguan perkhidmatan tersebut.

Rata-rata netizen turut memaklumkan kesemua perkhidmatan platform tersebut gagal diakses bermula pukul 8 malam tadi.

Bagaimanapun, enjin carian Google tetap berfungsi seperti biasa.

Sehingga kini, Google masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung masalah berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI