fbpx

Piala Thomas : Malaysia gagal runtuhkan ‘Tembok Besar’ China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEREGU negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei beraksi cemerlang Kejohanan Badminton Terbuka Arctic. ?'

KUALA LUMPUR – Impian skuad Piala Thomas negara untuk mengejutkan juara 2018, China gagal terlaksana selepas tumbang 1-3 terhadap pasukan tuan rumah itu di pentas separuh akhir di Chengdu, China sebentar tadi.

Langkah pasukan Malaysia untuk ke pentas final terhenti apabila beregu negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei yang dilihat mampu menjuarai perlawanan tersebut tewas dalam perlawanan tiga set ketika berdepan pemain No. 11 dunia, He Ji Ting-Ren Xiang Yu.

Pada saingan tersebut, Nur Izzuddin- Sze Fei memperagakan aksi cukup cemerlang pada set pertama dengan kemenangan 21-18 sebelum tewas tipis 19-21 pada set kedua.

Bagaimanapun, langkah mereka terhenti pada set ketiga selepas tumbang 12-21 dalam pertarungan yang berlangsung lebih sejam.

Kekalahan Nur Izzudin-Sze Fei menutup peluang Malaysia ke final apabila pasukan negara hanya melakar satu kemenangan sebelum ini menerusi Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan dua pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia dan Leong Jun Hao tewas kepada lawan masing-masing.

Sudah pasti, kekalahan tersebut menyaksikan kemarau kejuaraan negara di pentas Piala Thomas terus berlanjutan apabila kali terakhir Malaysia menjulang piala berprestij itu pada 1992 di Kuala Lumpur.

Hasil keputusan itu, China bakal memburu kemenangan mereka ketika berdepan Indonesia dalam perlawanan akhir esok selepas Indonesia cemerlang membenam Taiwan 3-0 dalam satu lagi separuh akhir sebentar tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI