KUALA LUMPUR – China kembali didepan apabila juara Sukan Asia Hangzhou, Li Shi Feng memastikan dia mengutip mata kedua pasukannya selepas membenam pemain Malaysia, Leong Jun Hao dengan kemenangan straight set 21-17, 21-10
Pada aksi separuh akhir itu, Jun Hao pada mulanya memperagakan aksi cukup kemas dengan memberi tentangan sengit ke atas pemain ranking No. 6 dunia tersebut, namun aksi itu tidak cukup untuk mengatasi Shi Feng sebelum tumas 17-21 dalam tempoh 24 minit.
Tindakan Jun Hao untuk bangkit pada set kedua dilihat serba tidak menjadi apabila mampamerkan aksi longlai sebelum tumbang 10-21.
Kekalahan tersebut kembali meletakkan Malaysia ketinggalan 1-2 di belakang tuan rumah yang merupakan pilihan pertama kejohanan untuk menempah ke pentas final.
Sebelum ini, kedudukan pasukan negara terikat 1-1 apabila Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyamakan kedudukan selepas Lee Zii Jia tumbang straight set 19-21, 5-21 terhadap pemain No. 2 dunia, Shi Yu Qi.
Kini, beregu negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei perlu bekerja keras untuk menyamakan kedudukan bagi menghidupkan peluang Malaysia ke pentas final. -KOSMO! ONLINE