fbpx

Piala Thomas : Aaron-Wooi Yik benam beregu No. 1 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEREGU utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bekerja keras ketika bersaing di Piala Thomas. -AFP

KUALA LUMPUR – Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memastikan perjalanan Malaysia di Piala Thomas terus terbuka apabila bangkit menyamakan kedudukan 1-1 selepas melakukan kejutan mengatasi beregu No. 1, China, Liang Wei Keng-Wang Chang sebentar tadi.

Pada aksi separuh akhir di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone itu, pasangan negara itu mempersembahkan aksi cukup agresif apabila mengheret perlawanan tersebut ke rubber set sebelum menang 15-21, 21-12, 21-17 dalam tempoh 54 minit.

Kejayaan tersebut juga merupakan kemenangan kedua Aaron-Wooi Yik ke atas beregu handalan tuan rumah itu yang memegang rekod pertemuan 2-6.

Kini, tumpuan terarah kepada perseorangan kedua Malaysia, Leong Jun Hao untuk mencari mata kedua buat negara selepas akan berdepan jaguh No. 6 dunia, Li Shi Fen. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI