fbpx

10,000 hadir sambutan raya bersama PM di Manjoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (dua dari kiri) turut bersama menyanyikan lagi Azizah yang disampaikan oleh artis jemputan, Ahmad Yasin Ahmad Jais dalam Majlis Santunan Aidilfitri peringkat Parlimen Tambun di Manjoi, Ipoh hari ini.

IPOH – Kira-kira lebih 10,000 tetamu hadir ke majlis sambutan hari raya di Gugusan Manjoi di sini hari ini, yang diserikan dengan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri tiba pada pukul 1 petang disambut meriah oleh tetamu yang hadir dalam majlis itu, yang dinamakan sebagai Majlis Santunan Aidilfitri peringkat Parlimen Tambun di Padang RPT Jelapang Baru.

Majlis itu turut dihiburkan dengan nyanyian oleh artis jemputan De Fam dan Ahmad Yasin Ahmad Jais. Malah, Anwar turut sama menyanyikan lagi Azizah ketika disampaikan oleh Ahmad Yasin.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun, meluangkan masa selama 30 minit dan sempat beramah mesra dengan pengunjung sebelum beredar.

Dalam majlis itu juga, duit raya diberikan kepada kanak-kanak dan warga emas berusia 60 tahun ke atas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI