fbpx

Indeks Kebebasan Media Malaysia jatuh 34 tangga, Fahmi hadam dulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi

PETALING JAYA – “Insya-Allah saya dan pasukan akan menghadam laporan ini dan merangka usaha-usaha yang lebih mapan ke depan”

Demikian reaksi Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berhubung kedudukan Malaysia jatuh 34 tangga dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024.

Fahmi dalam satu hantaran di media sosial berkata, beliau menerima laporan badan bukan kerajaan (NGO) Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) itu dengan hati terbuka.

“Banyak yang perlu dimuhasabah dalam mengimbangi usaha menjamin kebebasan media dan pada masa yang sama melawan fitnah serta sebaran maklumat palsu,” katanya.

Terdahulu, Malaysia dilaporkan jatuh 34 tangga dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 sekali gus menempatkan negara pada kedudukan ke-107 berbanding 73 tahun lalu.

Laporan yang disiarkan RSF itu menunjukkan Malaysia mencatat 52.07 mata berbanding tahun lalu dengan pencapaian 62.83 mata.

Penurunan itu sekali gus meletakkan Malaysia pada kedudukan kedua bagi negara ASEAN selepas Thailand yang berada pada tangga ke-87 dalam indeks tersebut.

Ia diikuti dengan kedudukan ketiga iaitu Indonesia di tangga ke-111, Brunei (117), Singapura (126), Filipina (134), Kemboja (151), Laos (153), Myanmar (171) dan Vietnam (174). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI