fbpx

UMNO sokong penuh kenaikan gaji penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara ahli MKT UMNO yang hadir pada mesyuarat di Menara Dato' Onn hari ini. - Foto ihsan UMNO Online.

KUALA LUMPUR – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap pengumuman kenaikan gaji 15 peratus penjawat awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1 Disember 2024.

“Ini pastinya mampu menyantuni harapan dan aspirasi penjawat awam sejak sekian lama,” katanya selepas Mesyuarat MKT UMNO di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, UMNO akan memberikan komitmen penuh untuk membantu calon Kerajaan Perpaduan yang diwakili oleh Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Jelasnya, UMNO akan membantu dengan menggerakkan jentera dari seluruh negeri Selangor dan negeri-negeri yang diterajui UMNO.

Sementara itu, katanya, UMNO yang bakal menyambut ulang tahun yang ke-78 pada 11 Mei ini akan diadakan serentak di seluruh negara melalui Badan Perhubungan UMNO negeri-negeri.

“Ibu Pejabat UMNO Malaysia bersama Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan akan mengadakan majlis solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, WTC, Kuala Lumpur,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI