fbpx

Kopi daun bawang trend di China  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kopi yang dicampur daun bawang tular di China – Instagram/@mustsharenews

BEIJING – Sejenis minuman istimewa berupa kopi dibancuh bersama daun bawang semakin menjadi trend di China dan menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen, lapor portal Liputan6.com hari ini. 

Video mengenainya dikongsikan dalam akaun Instagram @mustsharenews. Menu dinamakan ‘scallion latte’ itu semakin popular selepas mencetuskan perdebatan netizen sama ada daun bawang akan merosakkan rasa kopi.

Minuman itu dibuat dengan meletakkan daun bawang cincang di bahagian bawah cawan, kemudian ditambah kopi dan susu dan akhir sekali, daun bawang diletakkan di bahagian atas sebagai hiasan. 

Semakin banyak kedai kopi di China mula mencipta menu baharu itu untuk hiburan di media sosial, namun sebilangan netizen berasa ingin tahu dan kagum dengan rasanya yang unik.

“Daun bawang mengandungi kalsium yang tinggi,” kata seorang netizen.

Kopis tersebut bukan satu-satunya minuman luar biasa  kerana sebelum ini, kopi tiram Guangdong, latte sup daging lembu Ningxia, nasi kopi Shanghai, latte kicap, telur ditambah kepada kopi, dan banyak lagi ramuan kopi unik dihasilkan di China. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI