fbpx

Chelsea hidupkan peluang ke Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA masih mengintai peluang beraksi di kejohanan Eropah musim depan. - AFP

LONDON – Meskipun berdepan masalah kecederaan, namun Chelsea masih mampu menampilkan aksi terbaik apabila menang 2-0 ke atas Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, The Blues yang turun sebagai tuan rumah memastikan tiga mata penting menjadi milik mereka menerusi dua jaringan yang dilakukan Trevoh Chalobah dan Nicolas Jackson.

Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino menganggap perlawanan itu merupakan antara prestasi terbaik pernah ditampilkan barisan pemainnya pada saingan musim ini, lebih-lebih lagi selepas mereka kehilangan ramai tonggak utama akibat kecederaan.

“Pemain-pemain Chelsea menampilkan aksi terbaik pada perlawanan hari ini (semalam). Perlawanan ini melibatkan emosi kerana ia adalah pertemuan derbi di mana ramai pemain kami merupakan produk akademi The Blues.

“Bagaimanapun, saya tidak menafikan sumbangan pemain-pemain lain kerana mereka turut beraksi baik. Saya fikir ini adalah antara aksi terbaik pernah kami tampilkan pada musim ini,” katanya.

Kemenangan itu kembali menghidupkan peluang Chelsea untuk mengintai tempat ke pentas Eropah musim depan apabila kini ketinggalan tiga mata di belakang pasukan tempat keenam, Manchester United yang merupakan slot ke Liga Konferens Europa.

Dalam pada itu, beliau turut memuji prestasi ditampilkan pemain sayap, Noni Madueke yang memainkan peranan cukup penting sepanjang perlawanan tersebut apabila melakukan larian-larian berbahaya ke arah pintu gol lawan.

“Noni (Madueke) sangat menakjubkan. Jika anda ada melakukan analisis terhadap aksinya sejak awal musim, anda akan mendapati dia sudah menunjukkan peningkatan ketara hingga ke saat ini,” ujar Pochettino. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI