fbpx

Pencuri beg sandang wanita sarat hamil dipenjara 8 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Perbuatan seorang pemuda mencuri beg sandang seorang wanita yang sarat mengandung pada Isnin lalu, berbalas selepas dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Farah Rosnan selepas tertuduh berusia 22 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, mahkamah turut memerintahkan penjara itu berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap Isnin lalu.

“Selain hukuman penjara, tertuduh juga didenda RM1,500. Sekiranya gagal bayar akan menjalani tambahan penjara tiga bulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Saidah Fasihah Zulkifli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam pada itu, Mohd. Iqbal memaklumkan mangsa yang juga operator kilang berusia 37 tahun dan anak dalam kandungannya berada dalam keadaan stabil.

“Setakat ini mangsa yang sarat mengandung sembilan bulan itu belum lagi melahirkan anak.

“Keadaan ibu dan anak dalam kandungan adalah stabil dan telah dibenarkan pulang ke rumah terlebih dahulu,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang wanita sarat mengandung sembilan bulan tekad mengejar pencuri sejauh kira-kira 50 meter selepas lelaki itu menyamun beg sandangnya di sebuah pusat beli-belah di Seksyen 23, di sini.

Ketika mengejar suspek, mangsa turut menjerit meminta pertolongan sebelum lelaki terbabit berjaya ditangkap orang
ramai dalam kejadian pada pukul 11 malam, Isnin lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI