fbpx

Jangan sentuh hak istimewa UiTM untuk Melayu, bumiputera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Semua pihak digesa menghormati peranan Universti Teknologi Mara (UiTM) sebagai institut pengajian tinggi yang menekankan kepada golongan kepada orang Melayu dan bumiputera.

Ini selaras objektif UiTM bagi mewujudkan golongan profesional dan separa profesional dalam kalangan dua golongan tersebut.

Presiden Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUUiTM) Zulkifli Mohamed berkata, pihaknya kesal atas kenyataan pihak tertentu yang menyarankan agar UiTM mengenepikan objektif asal penubuhan UiTM demi membuka ruang untuk pengajian pascasiswazah perubatan dibenarkan dalam kalangan bukan Bumiputera buat sementara waktu.

“Pihak terbabit menyatakan sedemikian atas hujah itulah cara terbaik untuk meramaikan doktor perubatan yang dikatakan berkurangan di negara ini.

“Namun dalam soal ini, KKUUiTM berpendapat walau dalam apa juga keadaan, pandangan peribadi pihak terbabit sepatutnya difikirkan dengan lebih mendalam sebelum ia disuarakan kepada umum,” katanya hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, pelakon dan model Alicia Amin mempertahankan pendirian bapanya, Prof. Dr. Raja Amin Raja Mokhtar yang mencadangkan agar kemasukan ke UiTM dibuka kepada bukan bumiputera, namun hanya untuk kursus pengajian pascasiswazah.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim pula menyifatkan kemasukan graduan bukan bumiputera ke UiTM bukanlah satu bebanan, malah ia mampu memberi manfaat kepada bumiputera.

Mengulas lanjut, Zulkifli menegaskan, menjadi tanggungjawab semua pihak agar tidak menyentuh dan memainkan peranan UiTM selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI