fbpx

Permohonan Guan Eng, Li Koon batal tuduhan rasuah ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guan Eng (tengah), Betty (kiri) ditemani bapanya, Lim Kit Siang (kanan) ketika hadir di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, hari ini. - Foto oleh SAFINA RAMLI / KOSMO!

GEORGE TOWN – Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak permohonan bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, isterinya, Betty Chew dan ahli perniagaan, Phang Li Koon untuk membatalkan tuduhan rasuah terhadap mereka membabitkan projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Rofiah Mohamad, hari ini.

Mahkamah menetapkan 26 Julai ini untuk pengurusan kes.

Pihak pembelaan telah memfailkan permohonan untuk membatalkan kes itu, memetik penggunaan bukti daripada kes yang tidak berkaitan dan dibebaskan sebelum ini melibatkan Lim dari 2018.

Guan Eng, Betty dan Li Koon menghadapi pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang mana mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi selepas memindahkan kes daripada Mahkamah Sesyen di Butterworth.

Dalam pertuduhan itu, Guan Eng didakwa memberikan suapan untuk memastikan syarikat yang dikaitkan dengan Li Koon memperoleh projek asrama antara 2013 dan 2016. Betty didakwa melakukan pengubahan wang haram dalam tiga ansuran. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI